Friday, December 7, 2018

Pentas MIni DIY

Bertemu kembali kita di ruangan DIY bersama Imaginasi Kreatif @ Cikgu Samurai. Pada kali ini saya akan menggunakan (reuse) barangan terbuang atau terpakai menjadi item baru yang boleh digunakan atau dimanfaatkan kembali.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
  1. Kayu pallet terpakai.
  2. Plywood nipis terpakai.
  3. Alat kerja tangan (hand tool) seperti tukul kuku kambing (hammer) & pita pengukur.
  4. Bahan pengikat seperti paku (saiz kurang 1 inci), paku tekan, dawai kokot staple gun dan sebagainya.
  5. Bahan pelapik seperti karpet nipis, tikar getah dsb.

ANGGARAN KOS :
Sebenarnya majoriti bahan atau item yang akan digunakan bagi projek ini adalah PERCUMA. Kalau ada pun kos, ia agak minimum seperti pembelian bahan pengikat (seperti paku) dan bahan pelapik (seperti tikar getah, karper nipis dsb.) .

JANGKA MASA SIAP :
Lebih kurang 1 hingga 2 jam sahaja bagi membina pentas mini (1 unit kayu pallet).

LANGKAH PENYEDIAAN KERJA :

BARANG YANG LAMA DIBUANG JANGAN.....Manfaatkanlah item sedemikian sebaik yang mungkin. Mungkin item yang diguna semula (reuses) setelah diberi sedikit sentuhan dapat menghasilkan suatu item baru yang lebih berguna, menarik atau setidak-tidaknya memberi manfaat kepada diri sendiri atau orang lain.

PERTAMA : Cari & sediakan kayu pallet tepakai / terbuang yang boleh diperolehi di kawasan sekitar industri. Bersihkan permukaan kayu pallet daripada sebarang debu, kotoran dsb.

Sebelum itu, tanya pada diri anda, sama ada hendak pentas mini yang kecil atau berskala besar. (banyak atau sedikit kayu pallet yang diperlukan untuk projek DIY ini bergantung kepada keperluan projek anda). Sekiranya anda ingin membuat projek pentas yang besar untuk diletakkan di dewan besar misalnya, sudah tentu jumlah kayu pallet yang diperlukan juga agak banyak (mungkin 3 - 6 pallet atau mungkin lebih lagi, mengikut keluasan dewan & ketinggian pentas yang ingin dibina). Jika anda ingin membuat pentas mini, seperti mana yang dibina oleh Imaginasi Kreatif @ Cikgu Samurai dalam contoh tutorial DIY ini, maka sebuah (1 unit) kayu pallet sahaja sudah mencukupi untuk membina pentas mini

Kalau di sekolah menengah, pentas mini ini boleh anda gunakan sebagai pentas perucapan umum atau pentas pidato manakala di sekolah rendah, pendidikan khas, prasekolah maupun pemulihan khas, ia boleh dijadikan sudut bercerita.



KEKUKUHAN.......Pastikan kayu pallet anda benar-benar mantap & kukuh agar ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan di kemudian hari.

KEDUA : Memandangkan kita ingin membuat pentas mini, faktor KEKUKUHAN tidak boleh kita ketepikan. Soal KESELAMATAN tidak boleh kita kompromi. Kadangkala kayu pallet yang kita perolehi tidak cantik, rosak, dimakan anai-anai dan sebagainya. Sila buang mana-mana bahagian kayu yang telah rosak, berpiuh (bengkok), dsb. Gantikan segera dengan kayu pine yang lain.

Beri penekanan & perhatian terhadap bahagian-bahagian kayu paller tersebut, iaitu :
  • Bahagian bawah : Sekurang-kurangnya minimum perlu ada 3 keping papan pine (lagi banyak lagi bagusssssss).
  • Bahagian tepi : Letakkan 4 keping papan pine (mengelilingi pentas mini berbentuk segi 4 tu,,,)
  • Bahagian atas : Letak & susun papan pine rapat-rapat antara satu sama lain. Pastikan takde ruang di antaranya. Sebenarnya, bahagian atas pentas inilah biasanya bahagian yang memerlukan banyak papan. So, jangan berkira atau kedekut papan. Tak cukup, pi cari lagi......sampai dapat.
Jika kayu pine sedia ada kukuh, sila perkukuhkan setiap ikatannya lagi. Pakukan setiap bahagian kayu dengan paku bersaiz kecil (saiz kurang drpd 1 inci). Paku semuanya. Jangan kedekut paku  (kat kedai hardware, paku dikira timbang kati kilo lagi...).


LANTAI PENTAS MINI............Lantai pentas mini adalah bahagian yang amat penting sekali (selain di bahagian bawah / asas) kerana bahagian inilah yang sering dipijak.. Sila lapik bahagian atas kayu pallet dengan apa-apa bahan / item yang sesuai untuk mengukuhkan struktur pentas mini.

KETIGA : Seterusnya cari papan nipis (plywood). Ukur keseluruhan saiz kayu pallet anda dengan pita pengukur (measuring tape). Potong papan plywood nipis tadi mengikut saiz keseluruhan kayu pallet. Jangan terlebih atau terkurang. Seterusnya, tampal & pakukan kayu plywood nipis tadi di bahagian atas kayu pallet. Hhmmmm....papan nipis (plywood) ini fungsinya akan mengukuhkan lagi struktur binaan pentas mini anda.

Ok.....langkah yang terakhir adalah ujian ketahanan. Anda naiklah & pihak-pijaklah permukaan pentas mini tersebut untuk seketika waktu (beberapa minit yea.....)  untuk menguji kekukuhannya. Jika takde apa-apa insiden yang berlaku, maka dikira selamatlah pentas mini itu untuk kegunaan umum.



KEEMPAT : Proses yang berikutnya adalah proses pembungkusan (wrapping) pentas mini. Anda boleh gunakan apa-apa item seperti kain karpet, tikar getah dsb. Dalam contoh ini, saya hanya menggunakan karpet yang nipis sahaja. Anda boleh membaluti pentas mini dengan banyak (beberapa) lapisan, jika anda mahu & mampu.



KELIMA : Pastikan bahan pembungkus itu ditarik tegang-tegang sebelum anda mengikatnya dengan paku, paku tekan, stapler gun dsb. Itu aje rahsianya. Lagi tegang lagi bagus. Jangan biarkan permukaan bahan pembalut yang membaluti pentas mini anda berkedut-kedut. Masukkan lebihan potongan kain pembalut tadi di bahagian pentas mini agar ia tidak nampak pada pandangan mata umum.

DEKORASI...........Aspek dekorasi pentas mini jangan dilupakan 
KEENAM : Ok. Siap sudah projek membuat pentas mini yang mudah & simple. Setelah siap, letakkanlah pentas mini anda itu di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai. 

Proses seterusnya, adalah proses dekorasi bagi mencantikkan lagi suasana kawasan sekitar pentas mini tersebut. Terpulanglah kepada diri anda sendiri nak hias macam mana. Saya pun tak nak sentuh akan aspek dekorasi dalam tutorial Pentas Mini DIY ini memandangkan saya pun tak tahu lagi nak letak lokasi pentas mini nie. Kalau dah tahu lokasi yang sesuai, barulah kerja-kerja deko secara intensif boleh dimulakan. Apapun, selamat bertukang & berdeko semua......



"SELAMAT MENCUBA & BERDIY"

Ikhlas daripada :

* Tak dapat bersedekah harta fizikal (wang ringgit, tanah dsb), bersedekah ilmu yang bermanfaat & buah fikiran / idea kreatif pun memadailah......

No comments:

Post a Comment